Monday 24 October 2011

gambar pelakon (nada cinta)









sinopsis nada cinta

Sinetron baru Nada Cinta lakonan Randy Pangalila dan Mikha Tembayong bakal mendapat sambutan hangat di Malaysia, sinetron ini akan ditayangkan pada 27hb September ni di Astro, setiap Isnin -- Khamis jam 6.30 petang. Nada Cinta ialah sinetron muzikal pernah ditayangkan di Indonesia mempunyai 244 episod. Mak datokk!! banyak tu..haha!! jenuh nak khatam, tapi takpe, Nuriz tau ramai yang duk gila bayang dengan hero hensem dan cute, Randy Pangalila ni kan..heheh!!  Pelakon lain dalam Nada Cinta ialah Mikha Tembay0ng, Luna Maya, Michella Puteri, Donny Michael, Dewi Sandra dan ramai lagi yang tak berapa kenal.
Nada Cinta
Sinopsis Nada Cinta dalam BM
Faris adalah ana orang kaya menjalinkan hubungan cinta dengan Rina (lakonan Dewi Sandra) seorang guru muzik dari sebuah keluarga yang sederhana. Hubungan cinta mereka ditentang oleh Tirta ayah Faris.  Faris dan Rina dipisahkan, Faris dipaksa berkahwin dengan Nia.
Rina rupanya hamil (hubungan dengan Faris) dan melahirkan anak perempuan, yang kemudiannya diculik oleh Nia dan dihantar ke rumah anak yatim.
Selepas 17 tahun Nada ( anak perempuan Rina) yang dibuang Nia kini sudah dewasa dan menjadi remaja yang sangat cantik dan sukakan muzik. Nada menyimpan hasrat nak bertemu ibu dan bapanya yang tak pernah dia ketahui berada di mana, dia kemudian lari ke Jakarta.
Di Jakarta dia telah terlibat dalam kemalangan dan nyaris dilanggar keretapi, tapi diselamatkan oleh Rina. Pertemuan itu tidak berjaya membuatkan mereka bersatu kembali. Nada membawa haluan sendiri hingga bertemu dengan 3 orang jalanan, mereka membuka warung di depan sebuah sekolah mewah tempat anak anak orang kaya. Kebetulan Rina mengajar muzik di sekolah tu.
Rina dan Nada kembali rapat dan masing masing sukakan muzik. Nada mempunyai suara yang merdu. Di sekolah tu ada Ricky (lakonan Randy Pangalila) seorang pelajar yang kacak dan menjadi tumpuan di sekolah. Ricky terpesona dengan suara merdu Nada.
Rasty kekasih Ricky mulai cemburu melihat Ricky memberi tumpuan kepada Nada, Rasty cuba sedaya upaya nak menyingkirkan Nada dari sisi Ricky.
Rasty rupanya anak Faris dan Nia. Adakah Rasty dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dulu? Atau akankah ini membuat Faris kembali kepada Rina? nantikan kesudahan dan episod akhir Nada Cinta di Astro.

Lagu tema/ost Nada Cinta : Nada Cinta dinyanyikan oleh Randy Pangalila feat Mikha Tembayung, Dewi Sandra dan Michella Puteri.

Tuesday 4 October 2011

keajaiban allah

 
kite perlu mengambil iktibar dari cerita ini..


Salam,
Sahabat-sahabat sekalian,

1. Selamat menyongsong fajar satu Syawal. Semoga kita benar-benar meraih darjat taqwa.

Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamana wa siyamakum
2. Anjuran menghidupkan malam hari raya.
Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra. Daripada Ar Rasul SAW sabdanya:

Barangsiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya dengan mengharapkan redha Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hati matinya hati.
HR At Tobrani
3. Refresh adab dan amalan pada hari raya

a. Mandi, memakai wangian dan pakaian cantik
b. Makan sebelum keluar solat
c. Pergi solat hari raya
d. Mengambil jalan pergi dan pulang yang berbeza daripada masjid
e. Berhibur syar’i dan menjamu selera
f. Sunat ucap tahniah dan Taqabbalallahu minna wa minkum
g. Bertakbir
h. Menghidupkan malam hari raya.

Maaf Zahir Batin


Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
8) Sebelum merayakan Aidilfitri, kita diwajibkan membayar zakat fitrah.

virus komputer

Langkah-langkah Pencegahan Virus


Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati. Amalan ini haruslah menjadi keutamaan pengguna komputer. Antara langkah-langkah awal ialah ;

1. Jangan menggunakan disket atau sebarang storan yang tidak diketahui puncanya.
Disket yang tidak diketahui tersebut mungkin telah tercemar dengan virus. Amalan write-protect disket hendaklah dilakukan selalu bagi mempastikan virus tidak dapat menulis dirinya kedalam disket tersebut.

2. Jangan sesekali menggunakan perisian cetak rompak (pirated copy)
Perisian cetak rompak lazimnya ialah perangkap penulis virus. Perisian sebenar yang telah dimodifikasi dengan memasukkan virus ini lazimnya dijual dengan harga yang amat murah.

3. Jangan membuka emel yang mempunyai attachment
Teknologi internet telah dipergunakan sepenuhnya oleh penulis virus. Virus kini mampu disebarkan melalui pembacaan emel yang telah tercemar. Kebanyakan emel ini akan mengandungi fail attachment. Kadang-kala ia tetap mengandungi virus walaupun dihantar oleh orang yang anda kenali.
Pastikan anda menelefon kenalan anda, bagi mempastikan adakah beliau benar-benar telah menghantar emel yang mengandungi fail attachment kepada anda.
Antara virus yang menggunakan teknologi ini ialah ;
Anna Kournikova, Sircam, Code Red, Nimda dan ILoveYou.

4. Gunakan Perisian Anti-Virus.
Perisian anti-virus ialah perisian utiliti untuk mengesan dan memusnahkan virus. Terdapat perisian ini yang boleh didapati secara percuma di Internet antaranya ;

a. AVG Anti-virus
b. Free Anti-Virus
c. Innoculate IT (terdapat untuk OS windows95 keatas dan juga Palm OS)

Manakala anti-virus yang dijual dipasaran ialah ;
a. Mc Afee Anti-Virus
b. Norton Anti-Virus
c. Pc-Cillin
d. Armour Anti Virus
e. VBuster
f. Virus Rx (untuk komputer Apple)

Kebanyakan perisian anti-virus ini boleh di upgrade bagi mempastikan ia mengandungi pangkalan data anti-virus terkini. Ia juga kadangkala menawarkan bantuan segera kepada pengguna berdaftar.

VBuster umpamanya adalah perisian anti-virus yang amat terkenal malah ia digunakan oleh NASA. Ia dicipta oleh Dr. Looi Hong Thong yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.

Mengenali tanda-tanda komputer anda diserang virus
 
Lazimnya virus komputer hanya boleh dikesan oleh anti-virus, namun begitu jika komputer anda mengalami sintom-sintom berikut, adalah besar kemungkinan komputer anda telah diserang virus.

Disket

1. Terdapat bad sector pada disket
2. Fail di dalam disket tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan.
3. Terdapat mesej di dalam directory disket anda.
4. Volume label telah berubah
5. Jumlah saiz fail berubah sedangkan anda tidak menggunakan fail tersebut.

HardDisk

1. Harddisk mengambil masa yang lama untuk boot.
2. Terdapat fail yang tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan
3. Terdapat bad sector
4. Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda.
5. Jumlah saiz fail berubah.

Komputer

1. Terdapat mesej yang dipaparkan pada skrin
2. Speaker memainkan muzik yang anda tidak tahu puncanya
3. Terdapat perkara pelik seperti fail tidak boleh di save , huruf pada skrin jatuh, terdapat bola pingpong melantun pada skrin, pencetak mencetak mesej yang tidak diketahui dan sebagainya.
4. Pertambahan macro pada fail-fail word, excel dan sebagainya tanpa pengetahuan anda.